Wednesday, January 15, 2014

SELVEDGE DENIM ATAUPUN DIPANGGIL SELF-EDGE DAN SELVAGE atau kepala kain

SELVEDGE DENIM ATAUPUN DIPANGGIL SELF-EDGE DAN SELVAGE

Jika ditafsirkan ke ‘bahasa’ geng-geng denim Selvedge dikenali juga sebagai KEPALA KAIN. KEPALA KAIN ini merujuk kepada hujung kain yang berwarna putih yang ditenun @ kait bagi mengelak benang kain terbuka @ terpisah satu sama lain. Denim kepala kain ini diperbuat dengan menggunakan mesin tenun lama.

Pada masakini denim kepala kain dilihat sebagai denim yang bernilai kerana kualiti tinggi dan tidak semua pengeluar fabrik di dunia ini mengeluarkan fabrik yang kepala kain. Kilang Kurabo di Jepun dikatakan kilang pertama yang menghasilkan denim kepala kain dan maka sebab itulah juga denim yang dibuat dari Jepun nilainya lebih tinggi dan mahal berbanding denim yang dihasilkan di negara-negara lain.

Bagi ‘newbie’ diingatkan supaya tidak terkeliru dengan kepala kain palsu, tapi tiada masalah bagi orang-orang lama denim untuk mengenalpasti ketulenan kepala kain.

Sekarang ini juga terdapat juga kepala kain yang ditenun bersama benang-benang warna seperti contoh warna merah (paling banyak ditemui), biru, emas dan lain-lain.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ‘RAW’ DENIM DAN ‘UNWASHED’ DENIM


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN ‘RAW’ DENIM DAN ‘UNWASHED’ DENIM

Kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang sama, sesetengah orang panggil ‘raw’ dan ada pula panggil ‘unwashed’. RAW juga dikenali sebagai denim kering (dry denim) ataupun denim yang belum dibasuh dimana denim ini tidak melalui proses cucian biasa dan tidak melalui proses pengecutan. Warna pada ‘raw denim’ ini juga berwarna biru yang pekat dan teksturnya sedikit berkilau. RAW DENIM amat sesuai bagi pemakai yang inginkan bentuk seluar tersebut mengikut bentuk badan seseorang itu dimana seluar tersebut dapat membentuk lipatan @ honeycomb crack pada bahagian seperti di lutut dan paha serta akan pudar mengikut bentuk badan.

Semasa pemakaian lebih kurang setengah tahun, pemakai tidak digalakkan membasuh denim tersebut kerana dalam tempoh itu dimana lipatan @ honeycomb crack serta pudar akan kelihatan terutama di sekitar lutut dan paha.

Antara pemerhatian mudah bagi mengenalpasti jeans tersebut adalah RAW :

1.Warna indigo pada jeans tersbut sangat pekat.

2.Kainnya sedikit berkilau.

3.Kainnya tidak berkedut, ianya licin berkilau

4.Kainnya kurang nampak berbulu

5.Kainnya agak keras sedikit

Bagi penggemar ‘faded’, RAW DENIM amat sesuai kerana pembentukan lipatan dan pudar yang lebih menyerlah walaupun ia akan mengambil masa sedikit untuk membentukknya.

Antara jenama-jenama yang mengeluarkan RAW DENIM:

1.Naked & Famous

2.Flat Head

3.The Unbranded

4.Full Count

5.Japan Blue

6.3sixteen

7.Iron Heart

APAKAH ITU DENIM?

APAKAH ITU DENIM?

Denim merupakan sejenis bahan fabrik @ kain yang terdiri daripada kapas biru dan kapas putih. Kebanyakannya biasa digunakan dalam pembuatan jeans seperti seluar jeans dan jaket jeans. Jeans denim asalnya dikenali sebagai pakaian kerja dan dipakai oleh pekerja-pekerja kilang dan buruh kerana kemampuannya dan ketehanannya. Lama kelamaan, denim bukan saja terhad kepada pakaian pekerja kilang dan buruh, telah tersebar luas dan dilihat sebagai pakaian fesyen.

Denim merupakan kapas yang dipintal ‘twill’ yang tahan lama dan lasak yang dikaitkan dengan jeans. Ia adalah unik kerana warna asal adalah semula jadi kekuningan atau putih, ia dikaitkan dengan hanya satu warna iaitu biru. Ramai yang percaya bahawa nama ‘denim’ berasal dari frasa Perancis "Serge de Nimes", iaitu kain sutera dan bulu yang berasal dari Nimes, Perancis semasa Zaman Pertengahan. Pada tahun 1873, Levi Strauss dan Jacob Davis mula membuat "overalls" yang di ‘rivet’ kepada pekerja-pekerja yang diperbuat dari denim kerana keselesaan dan ketahanannya.

Walaupun asal-usul denim tidak terkenal seperti kain-kain lain, denim kini merupakan satu kewajipan mesti ada di dalam almari walaupun sehelai jeans.. hahaha.

ANTARA KILANG – KILANG DENIM DI JEPUN

ANTARA KILANG – KILANG DENIM DI JEPUN

1.KILANG KURABO

Kilang Kurabo telah beroperasi lebih 110 tahun yang lalu dan merupakan salah satu kilang tertua yang mengeluarkan tekstil sehingga hari ini. Kilang Kurabo adalah tempat asal dimana kepala kain (selvedge) dihasilkan dan telah mempelopori banyak pembuatan denim hari ini.

Ini termasuk menggunakan pewarna nila indigo semulajadi serta proses denim unik berputar dan pencelupan yang menghasilkan denim sangat tahan lasak dengan corak pudar unik. Kualiti denim dari Kilang Kurabo yang sangat tinggi diketahui umum di seluruh dunia.

Kurabo adalah yang paling terkenal sebagai pembekal denim yang pertama di Jepun, BIG JOHN. Hari ini, Kurabo terus mengeluarkan denim untuk jenama denim dalam industri termasuk Baldwin, Epaulet, dan banyak lagi.

2.KILANG NISSHINBO

Kilang Nisshinbo dibangunkan pada tahun 1907 dengan memberi tumpuan kepada penggabungan teknik tradisional Jepun dan teknik moden dengan tujuan untuk menghasilkan hanya produk terbaik. Hari ini kilang ini menghasilkan pelbagai tekstil, dan popular dengan denim kepala kain yang menggunakan teknik ‘ring-spun’ yang dianggap oleh penggemar denim sebagai kualiti dan ketahanannya.

Kilang Nisshinbo membekalkan denim kepada jenama popular termasuk Left Field, Taylor Stitch, den.m bar, dan banyak lagi.

3.KILANG KAIHARA

Kilang Kaihara boleh dikatakan pendatang baru berbanding dengan kilang-kilang lain dalam industri tekstil Jepun. Mereka telah diasaskan pada tahun 1951, kira-kira 50 tahun kemudian daripada Kurabo atau Nisshinbo, tetapi mereka telah berjaya untuk bersaing dengan kilang-kilang lebih tua melalui inovasi mereka, terutamanya dalam proses pencelupan (rope dyeing).

Kilang Kaihara mempunyai satu tempat yang unik untuk rope dyeing yang tidak digunakan oleh pengeluar denim lain, yang membolehkan mereka dapat menyediakan produk yang berkualiti tinggi yang unik untuk mereka eksport ke pelbagai jenama di lebih 20 buah negara. Pada tahun 1990, Kaihara memperoleh mesin tenun ulang-alik vintaj dan mula mengeluarkan denim kepala kain yang menggunakan teknik ‘ring-spun, dimana merupakan salah satu produk kegemaran yang paling popular sekarang ini. 

Kaihara merupakan pakar dalam ‘raw denim’ dan denim ‘sanforized’. Hari ini, Kaihara membekalkan denim kepada jenama seperti Evisu, UNIQLO, dan Baldwin.

4. KILANG JAPAN BLUE GROUP

Kilang Japan Blue Group ditubuhkan pada tahun 2005 dan terdiri daripada pelbagai syarikat yang mewakili bahagian-bahagian yang berbeza daripada proses pengeluaran denim. COLLECT adalah kilang denim dan pembekal fabrik, RAMPUYA adalah merupakan bahagian mewarna manakala JAPAN BLUE dan MOMOTARO JEANS adalah jenama denim yang terdiri daripada komponen-komponen dari COLLECT dan RAMPUYA.

Dengan menggabungkan semua unsur-unsur pengeluaran ke dalam satu syarikat, Japan Blue Group mampu mengawal ketat setiap bahagian proses bagi menjamin kualiti produk akhir.

Momotaro adalah terkenal dengan kualiti yang tinggi, dan denim berharga tinggi, dan Japan Blue adalah lebih kepada peringkat ‘entry level’. Secara keseluruhannya, Japan Blue Group mempunyai falsafah yang memberi tumpuan kepada menghasilkan barangan yang berkualiti dimana menggabungkan ketukangan lama dengan reka bentuk moden dan bukannya keuntungan.

5.KILANG KUROKI

Kilang Kuroki, yang terletak di kawasan yang kaya dengan tekstil di Okayama, Jepun, adalah satu lagi kilang denim yang agak baru yang ditubuhkan pada tahun 1984. Syarikat itu dibahagikan kepada tiga bahagian yang memberi tumpuan kepada unsur yang berbeza daripada proses pengeluaran. Struktur pemprosesannya sama dengan Japan Blue Group.

Bahagian pertama dipanggil bahagian pencelupan dimana denim dicelup (rope dyeing) dan saiz untuk pengeluaran. Dalam bahagian seterusnya denim yang ditenun pada mesin tenun ulang-alik (shuttle looms) yang untuk membuat kepala kain. Akhirnya, beberapa denim selesai dan dibasuh manakala majoriti itu dijual sama ada dalam bentuk ‘raw denim’ atau sanforized dan unsanforized.

Kilang Kuroki membekalkan banyak jenama denim utama, termasuk 3sixteen, Tellason, Taylor Stitch, dan banyak lagi.

PANDUAN SEBELUM MEMBELI JEANS


PANDUAN SEBELUM MEMBELI JEANS


1.KENALPASTI UKURAN ANDAPertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans @ lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.


Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :


WAIST (UKURAN PINGGANG)Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan di kali dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.


INSEAM (UKURAN PANJANG DARI CAWAT KE KAKI)Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.


LEG OPENING / HEM (BUKAAN PADA HUJUNG KAKI)Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.


UPPER THIGH (UKURAN BUKAAN PAHA)Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.


KNEE (UKURAN BUKAAN LUTUT)Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.


FRONT RISE ( UKURAN PANJANG BAGI CAWAT HADAPAN)Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.BACK RISE (UKURAN BAGI PANJANG CAWAT BELAKANG)Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.


2.KENALPASTI BAJET ANDABerat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar-besaran.


Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.


3.KENALPASTI TAHAP PERUBAHAN JEANS (SANFORIZED DAN UNSANFORIZED)Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% - 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.


Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% @ 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed)


4.SAIZ PADA TAGKebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.


5. MEMILIH BENTUK ‘CUTTING’ YANG SESUAITerdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE. Akan diperincikan lagi kemudian.

Cara Terperinci Mengukur Saiz Jeans

 BACK RISE (UKURAN BAGI PANJANG CAWATBELAKANG) Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
 FRONT RISE ( UKURAN PANJANG BAGI CAWAT HADAPAN) Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
 INSEAM (UKURAN PANJANG DARI CAWAT KE KAKI) Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
 KNEE (UKURAN BUKAAN LUTUT) Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
 LEG OPENING / HEM (BUKAAN PADA HUJUNG KAKI) Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
UPPER THIGH (UKURAN BUKAAN PAHA) Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang. 
WAIST (UKURAN PINGGANG) Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat. Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan di kali dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.

DENIM JEPUN DENGAN DENIM AMERIKA?


MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA DENIM JEPUN DENGAN DENIM AMERIKA

Jepun dan Amerika Syarikat telah berusaha bersaing untuk mewujudkan diri mereka sebagai pengeluar utama denim raw kepala kain (raw selvedge) di dunia. Dengan proses kelihatan agak kuno dan ketinggalan, pengilangan dan pengeluaran jeans raw selvedge telah banyak berkurangan pada masa kini. Walaupun begitu, Jepun dan Amerika terus menghasilkan denim yang berkualiti tinggi, denim paling diingini di dunia.

Kita akan melihat beberapa perbezaan antara denim Jepun dan Amerika. Adakah salah satu mempunyai kelebihan jelas berbanding dengan yang lain? Mari kita selongkar..

DENIM JEPUN :

Seperti yang saya akan ceritakan kemudian nanti berkaitan Kilang-kilang Jepun - tidak seperti di Amerika Syarikat, Jepun boleh berbangga dengan pelbagai kilang denim yang mengeluarkan jeans kepala kain yang berkualiti tinggi. Ini bermakna bahawa denim Jepun yang sememangnya mempunyai tahap kesan lusuh@pudar (fade) yang lebih luas daripada denim Amerika, terutamanya yang datang dari satu kilang. Pudar denim bergantung kepada kilang denim yang mengeluarkannya serta bergantung pada ciri-ciri pemprosesan di kilang itu.

Selain itu, kerana terdapat beberapa kilang di Jepun mereka dapat menghasilkan pelbagai besar produk kepala kain . Sebagai contoh, Naked & Famous menggunakan denim terutamanya dari Jepun, dan produk mereka terdiri daripada jeans bercahaya di dalam gelap (glow in the dark jeans), jeans berbau rasberi bila digaru (scratch and sniff jeans). 

Secara umumnya , jika dibandingkan dengan denim Amerika dari perspektif yang pudar (fade) , denim Jepun dikenali untuk menghasilkan tahap pudar yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, bagi ramai pemakai yang gemar fade mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kesan pudar tersebut. Denim itu dibuat menggunakan mesin tenun Toyoda lama dimana tenunannya mengambil masa yang lama dan menghasilkan tenunan yang tidak sekata. Tapi kebanyakan sekarang ini ia ditenun menggunakan mesin moden bagi mempercepat pengeluaran denim.

Jeans yang dibuat di Jepun dan dari denim Jepun, juga dikenali kerana berkualiti tinggi dan tahap perincian yang tinggi dan kerana itulah mereka sering dianggap seluar jeans terbaik di pasaran. Denim Jepun juga dikenali kerana kaedah pencelupan nila yang semula jadi, bukannya nila sintetik. Nila semula jadi membawa kepada warna yang lebih tulen , lebih gelap serta pudar lebih baik. Jepun mempunyai sejarah yang kaya dengan pengeluaran tekstil dan pencelupan dalam industri mereka. Sekali lagi , terdapat jarak di dalam warna denim Jepun berbanding pengeluar lain. Sesetengah kilang cuba meniru gaya denim Amerika, manakala yang lain pula lebih kepada warna yang unik untuk kilang mereka.

DENIM AMERIKA:

Secara umumnya , denim Amerika boleh dianggap kualitinya yang sama apabila dibandingkan dengan denim Jepun pada harga yang sama . Tidak seperti denim Jepun, majoriti denim yang dihasilkan di Amerika Syarikat datang dari Kilang Cone di Greensboro , North Carolina. Disebabkan kilang yang terhad, corak pudar dikaitkan dengan denim Amerika adalah lebih baik berbanding dengan denim Jepun. Kebanyakan denim yang dihasilkan dari Kilang Cone Amerika kelihatan lebih sama dan serupa. Sesetengah orang menyukainya, manakala yang lain lebih suka di dalam kepelbagaian nila dan kecerahan pudar pada jeans.

Pudar dikaitkan dengan denim Amerika dan ia lebih konsisten, memberi rasa vintaj untuk jeans diperbuat daripada denim Amerika. Dalam perbandingan kecerahan pudar oleh denim Jepun, warna biru oleh denim Amerika yang telah dipakai sangat berbeza dan mudah dikenali. Ia mempunyai corak pudar tersendiri walaupun ditiru oleh jenama Jepun.

Tidak seperti denim Jepun, denim Amerika tidak mempunyai @ kurang “slubiness” iaitu akan kelihatan tekstur benang-benang denim yang tidak sama rata ada yang tebal dan ada yang nipis yang sama.

Kilang-kilang Amerika termasuk Kilang Cone masih menghasilkan denim dengan cara yang sama dengan kilang-kilang Jepun. Denim dari Kilang Cone ditenun pada mesin tenun ulang-alik yang lama iaitu jenama Amerika Draper dari tahun 1940-an yang menghasilkan bahan perlahan-lahan dan akan memberikan tekstur denim yang unik dan menghasilkan kepada pudar yang lebih baik.

dah baca selamat beramal dari cikgu izuan store

MOMOTARO JEANS



MOMOTARO JEANS

Nama yang diperoleh daripada cerita rakyat Jepun, bermula tahun 2005 dan ia terus menghasilkan beberapa fabrik berkualiti tinggi iaitu denim mentah ‘raw denim’ di pasaran. Fasiliti pengeluaran mereka telah menakluki sejarah Kojima di Okayama yang kaya dengan industri tekstil dan menghasilkan tekstil yang berkualiti di Jepun.

Cerita Rakyat JepunKisah Momotaro ini merupakan salah satu daripada lima cerita rakyat Jepun. Nama Momotaro mengikut lagenda Jepun, ialah nama seorang budak kecil yang dilahirkan daripada sebiji buah pic gergasi dimana dia diturunkan ke bumi untuk menjadi anak kepada pasangan yang lebih tua. Budak itu telah meremajakan @ mengubah pasangan tua itu menjadikan mereka berasa muda kembali dan menggalakan mereka untuk memenuhi impian mereka.

Cerita ini telah ditelan usia dan waktu dan ia sebahagian daripada budaya Jepun hari ini yang masih diingati. Disinilah Momotaro mendapat namanya dimana banyak kilang-kilang yang mencontohinya.

Bermulanya cerita denimnya...Pada 1960, terdapat permintaan daripada sekumpulan @ sebilangan belia-belia Jepun dengan jeans replika Amerika berwarna biru yang mana banyak dilihat di dalam filem-filem Hollywood. Kebanyakan denim datang dari Kojima di Okayama tetapi kualitinya tidak sama dengan denim Amerika, jadi pengguna mengharapkan Jepun dapat membuat lebih baik dari itu.

Tahun 1980-an dimana pengeluar tekstil mula menggabungkan teknik ‘ring-spun’ dan ‘rope dyed’ denim supaya denim Jepun dapat menyamai dengan kualiti denim Amerika. Pada masa itulah juga Japan Blue Group ditubuhkan untuk menghasilkan denim Momotaro.

Kedua-dua nama itu wujud bersama-sama dengan kilang tekstil dan studio sebagai tempat pencelupan @ pewarnaan. Sejak itu kawasan Kojima telah menjadi terkenal kerana kilang-kilang di situ telah menghasilkan denim terbaik di Jepun malahan di dunia. 

Momotaro pada tahun 2005 yang merupakan sebahagian daripada Japan Blue Group telah memberi fokus menghasilkan hanya denim berkualiti tinggi. Sehingga hari ini, Momotaro telah mempelopori jeans di Kojima Okayama.

Jeans Momotaro 100% dihasilkan daripada kapas Zimbabwe yang terkenal dengan kualiti ketahanannya, ciri-ciri kepudarannya ynag unik serta keupayaannya untuk mengekalkan warna indigo.

Terdapat beberapa model jeans Momotaro yang menjadi pilihan ramai penggemar denim:>> Copper Label – termasuk menggunakan teknik rope-dyed dan dibilas sekali dengan air meneral>> Vintage Label – ‘shrink to fit’, lebih kasar, tekstur lebih ‘slubby’.>> Going To Battle Label – denim lebih berat, indigo lebih gelap dengan poket belakang terdapat 2 jalur putih.>> Gold Label – ditenun menggunakan tangan, sangat sukar ditemui, harga yang mencecah ribuan US dollar.

Ciri-ciri Pengenalan yang UnikSeperti contoh Going To Battle Label mempunyai 2 garisan putih di poket belakang sebelah kanan. Selain itu mereka menggunkanan benang pink (sempena warna buah pic) untuk garisan kepala kain. Patch kulit yang terdapat gambar budak yang lahir @ keluar dari buah pic menunjukkan warisan Jepun.

Momotaro dan Japan Blue Group terkenal dengan kebolehan menggabungkan teknik-teknik lama pencelupan dan menghasilkan denim yang potongan yang lebih moden dan butir-butir lain yang mencipta satu keunikan dan sangat-sangat dicari oleh negara-negara luar dan Barat.

Japan Blue Group merupakan kilang utama yang terdiri daripada bahagian-bahagian lain iaitu:>> Collect – bahagian membekal denim>> Rampuya – bahagian pencelupan dan mewarna.

JAPAN BLUE dan MOMOTARO JEANS adalah jenama denim yang terdiri daripada komponen-komponen dari COLLECT dan RAMPUYA.