Saturday, May 21, 2011

AMY SEARCH KE TEMPAT KERJA KU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB 09700 KARANGAN, KEDAH.
DOKUMENTASI PROGRAM MALAM TAUTAN BUDI SMK SUNGAI KOB.
TARIKH  :  1 – 2 April 2011
MASA     :  9.00 MALAM
TEMPAT :  SMK SUNGAI KOB.

PENGENALAN:
     Program Malam Tautan Budi telah diadakan pada 1 dan 2 April 2011, iaitu Konsert Kesenian Islam, ceramah agama oleh Dato’ Ustazah Siti Nurbahyah bte Mahmood serta gerai jualan.Projek ini diadakan dengan tujuan meningkatkan prestasi dan sahsiah pelajar di samping mencari dana bagi menampung kos dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program pelajar-pelajar Program Persediaan Universiti(PPU) dan Asrama SMK Sungai Kob.

PELAKSANAAN:
     Pada malam 1 April 2011, telah berlangsung Konsert Kesenian Islam, yang melibatkan Amy Searh, Syed Annuar (Kumpulan Samudera),Ustaz Radzi (Kumpulan Melisa) serta kumpulan nasyid jemputan.Konsert telah bermula tepat jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.Kedatangan penyanyi Amy Searh telah diiringi oleh pasukan motorsikal berkuasa tinggi turut menambahkan kemeriahan suasanan pada malam itu.Gerai jualan turut berlangsung sepanjang malam tersebut.
    Manakala pada 2 April 2011, Ceramah Perdana oleh Dato’ Ustazah Norbahyah bte Mahmood yang bertajuk Calon-calon Penghuni Syurga telah berlangsung dalam suasana tenang dan penuh pengisian.Ribuan penduduk sekitar tidak melepas peluang untuk mendengar ceramah daripada pendakwah terkenal ini secara langsung.Ceramah telah berakhir padan jam 11.00 dan sesi mendekati penceramah serta mendapat buku-buku terbarunya berlangsung selepas itu.

PENUTUP:
     Semoga Program Malam Tautan Budi ini mampu meningkatkan ilmu agama dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Pelajar PPU dan pelajar asrama telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman menguruskan program ini yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.Kepada semua AJK Induk, pelajar PPU, pelajar asrama serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung jutaan terima kasih diucapkan di atas komitmen yang diberikan.Semoga apa yang telah diusahakan mendapat keredhaan Allah .



















No comments:

Post a Comment