Monday, May 16, 2011

33 buah bas ke putrajaya?

Sudah lama rasanya cikgu tak update luahan perasaan di dalam blog ini. maklumlah terlampau sibuk dengan kehidupan seharian. Malam ini ada kelapangan sedikit dan mulalah nak menulis sikit-sikit sahaja. Ini merupakan tahun ke tiga cikgu di SMK SG KOB, KULIM. Dan menjadi acara tahunan ialah lawatan mega atau di sebut WISATA MEGA. Wisata merupakan perkataan Indonesia yang bermaksud melakukan perjalanan dan mega bermakna sesuatu acara yang bersa. maka WISATA MEGA bermaksud perjalanan yang melibatkan ramai orang.

Ini merupakan kali ke-3 Sekolah Menegah Kebangsaan Sungai Kob, Karangan menganjurkan rombongan yang agak besar. Kali yang pertama ialah pada tahun 2009 di mana rombongan ke Zoo Taiping dan kawasan sekitar Taiping. Sebanyak 25 buah bas di gunakan pada pada rombongan ini. kemudiannya pada tahun 2010 di mana SMK Sungai Kob membuat rombongan ke bandaraya alor setar, sebanyak 32 buah bas di gunakan. dan pada tahun 2011 ini SMK Sg Kob telah selesai menganjurkan wisata mega ke Putrajaya.


JADUAL PERJALANAN
6 MEI 2011 (JUMAAT)
9.30 MALAM : PELAJAR BERKUMPUL DI DATARAN PEMIMPIN MENGIKUT NO. BAS
10.15 MALAM : TAKLIMAT PERJALANAN
10.45 MALAM : MENAIKI BAS
11.00 MALAM : BERTOLAK

Semua  aturcara di atas berjalan dengan lancar dan ada juga pelajar yang tidak dapat menghadiri di saat-saat akhir kerana masalah peribadi. cuma bas yang no. 33 tiba agak lewat iaitu pada 11.15. semua bas bergerak sekali menuju ke putrajaya melalui jalan serdang dan berkumpul di rnr gunung semanggol, perak. kemudiannya kumpulan A berhenti di hentian sungai buloh pada pukul 5.00 pagi.

7 MEI 2011 SABTU

KUMPULAN A (BAS NO 1-12)
Hentian RnR Sungai Buloh Selatan 4.00-6.00 pagi
Masjid Besi/Perbadanan Putrajaya/ Istana Kehakiman 6.00-9.30 pagi
Seri Perdana 9.30-10.30 pagi
Masjid Putra/ Tasik putrajaya 10.30-11.30 pagi
Wetland/ Monumen Alaf Baru 11.30-12.30 tengah hari
Masjid Putra (makan, solat) 12.30-2.00 petang
Litar Antarabangsa Sepang KLIA 2.30-5.30 petang
Masjid Shah Alam 6.00-8.30 malam
i- City 9.00-11.30 malam

KUMPULAN C (BAS NO 23-33)
Hentian RnR Sungai Buloh Utara 4.00-6.00 pagi
Masjid Besi/Perbadanan Putrajaya/ Istana Kehakiman 6.00-9.30 pagi
Masjid Putra/ Tasik putrajaya  9.30-10.30 pagi
Wetland/ Monumen Alaf Baru 10.30-11.30 pagi
Seri Perdana  11.30-12.30 tengah hari
Masjid Putra (makan, solat) 12.30-2.00 petang
Litar Antarabangsa Sepang KLIA 2.30-5.30 petang
Masjid Shah Alam 6.00-8.30 malam
i- City 9.00-11.30 malam

Setiap bas mempunyai dua hingga tiga guru iringan dan mempunyai satu fail coklat yang mengandungi:
1, SURAT KEBENARAN JPN
2, JADUAL PERJALANAN
3, SENARAI NAMA PESERTA
4, DOA PERJALANAN/ PANDUAN SOLAT JAMAK
5, SURAT RAWATAN PELAJAR
6, BORANG REFLEKSI

SEMUA PERJALANAN LANCAR DAN KERJA SAMA YANG DI BERIKAN OLEH GURU DAN PELAJAR ADALAH TERBAIK. TERIMA KASIH SEMUANYA

BERIKUT MERUPAKAN SEDIKIT GAMBAR YANG DI AMBIL


































No comments:

Post a Comment