Monday, June 28, 2010

DURIAN JUNJONG TERBAIK?


EMMMMMMM DAH LAMA CIKGU TAK MENAIP NI. YA LAH ASIK SIBUK DENGAN SPM (U) DAN JUGA TERLIBAT DENGAN PERSEMBAHAN DRAMA “SI PAKU ALAM”. SO HARI NI BERKESEMPATAN UNTUK BERKONGSI CERITA DENGAN PEMBACA-PEMBACA SEMUA.
                JUNJONG ADALAH SATU TEMPAT YANG TERLETAK DI DALAM KAWASAN KULIM BANDAR BAHARU. KALAU DARI PEKAN KULIM KE JUNJONG TU RASA-RASANYA AMBIL MASA 15 MINIT JA, TAK JAUH PUN. JUNJONG JUGA TERKENAL DI KULIM INI DISEBABKAN ADANYA TAMAN REAKREASI AIR TERJUN AIR PUTIH. SELALUNYA AKAN DI PENUHI DENGAN ORANG RAMAI PADA HUJUNG MINGGU DAN CUTI SEKOLAH. DAN SATU LAGI YANG UNIK TENTANG TEMPAT KELAHIRAN CIKGU NI ADALAH DURIANNYA YANG BERBUAH SEPANJANG TAHUN.

                SEBENARNYA CIKGU NI BUKAN PEMINAT FANATIK DURIAN PUN, TAPI KALAU ADA DURIAN TU MAKANLAH JUGA HEHEHEEHEHHEH ORANG KAMPUNG LA KATAKAN. DAN SEBULAN PESTA DURIAN DI PEKAN JUNJONG HEHEHEHEHEH YA LA, MANA TAK NYA SEPANJANG JALAN DARI SEKOLAH TEKNIK KULIM SAMPAI KE AIR TERJUN JUNJONG DI PENUHI GERAI-GERAI DURIAN.
                TERDAPAT PELBAGAI JENIS DURIAN DI JUNJONG NI, CIKGU PON TAK BERAPA TAU SANGAT HEHEHEHEHEEHEHHE, TAPI YANG SELALU ORANG BERCAKAP PASAL D24, D32, DURIAN KAMPUNG, UDANG MERAH. EMMMM  BETUL KER APA YANG CIKGU TULIS NI, KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN. KERANA CIKGU HANYA TAHU MAKAN HEHEHEHEHEEHEHE. ADA JUGA SESETENGAH ORANG YANG BERCAKAP MENGENAI DURIAN BALIK PULAU. TETAPI CIKGU RASA HARGA YANG DI TAWARKAN DI PEKAN JUNJONG JAUH LEBIH MURAH JIKA NAK DI BANDINGKAN DENGAN  DI BALIK PULAU TU.
            

    BAGI ORANG KULIM YANG DAH BIASA DENGAN RASA DAN KEENAKKAN DURIAN JUNJONG PASTI TIDAK AKAN MELEPASKAN PELUANG MUSIM DURIAN INI. UNTUK SESIAPA YANG BELUM PERNAH MERASAI DURIAN JUNJONG SILA KAN DATANG. KALAU DAH PANAS MAKAN DURIAN BOLEH LA MANDI DI AIR TERJUN JUNJONG. SATU CADANGAN DARI CIKGU UNTUK SEMUA PEMBELI DURIAN DI JUNJONG, CUBA RASA SENDIRI DURIAN YANG DI BELI DI GERAI DURIAN TERSEBUT. INI KERANA ANDA AKAN MERASAKAN SATU PENGALAMAN YANG BARU. MAKLUMLAH SEKARANG NI RAMAI ORANG YANG TAK RETI NAK BELAH BUAH DURIAN TU KAN HEHEHEHEHE.

                SEBAB YANG PALING MUNASABAH MENGAPA CIKGU MENYURUH MAKAN DI SITU KERANA ANDA BOLEH MENUKARKAN DURIAN YANG TAK BERAPA ELOK. MAKLUMLAH DURIAN NI KADANG2 NAMPAK JA ELOK, TAPI ISI DI DALAM MANA KITA TAU KAN.EMMMM MINGGU LEPAS CIKGU ADA BELI RM20 PENUH KERETA SATRIA NEO CIKGU TUH HEHEHEHEHEHEHEHEHE. DAN HASILNYA SEMUANYA ELOK. KALAU ANDA RASA NAK MAKAN DURIAN YANG ENAK DAN MURAH BOLEHLAH DATANG KE KAMPUNG CIKGU NI DI JUNJONG KULIM KEDAH. OK NANTI KALAU ADA KELAPANGAN CIKGU AKAN BERCERITA MENGENAI HOBI CIKGU “CARI BAJU BUNDLE” NANTI KAN DI MASA AKAN DATANG

2 comments: