Thursday, November 19, 2009

IPG Kampus Darulaman JUARA Pakej Pembelajaran Bestari


IPG Kampus Darulaman telah menjuarai tempat pertama pertandingan Pakej Pembelajaran Bestari yang dibentangkan di Seminar Pemantapan Pembestarian Sekolah Zon Utara 2009 bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang pada 17 Nov 2009. Di dalam seminar tersebut, 6 buah IPG Zon Utara telah bertanding dengan membentangkan Pakej Pembelajaran Bestari yang terbaik mengikut matapelajaran masing-masing. IPG Kampus Darulaman telah membentangkan Pakej Pembelajaran Kemahiran Hidup Bertajuk "Tumbuhan Hiasan - Berikanku Nafas Baru".

Kita telah diwakili oleh peserta Latihan Guru Bestari Ambilan 3/2009 iaitu Cikgu Muhamat Izuan Ishak (SMK Sg Kob), Cikgu Muhd Zharif Fikri Khozari (SMK Gulau), Cikgu Zuraihan Yusof (SMK Keladi), Cikgu Yasmin Yohyi (SMK Bakai) dan Cikgu Nor Asiah Othman (SMK Dato Lela Pahlawan). Pensyarah yang terlibat adalah En Azman Fadzil, Pn Zakiah Mahmud, Dr Ahmad Sobri Shuib, Pn Azizah Aziz dan semua fasilitator Latihan Guru Bestari IPG Kampus Darulaman.[ ....Lagi ]Selepas perbentangan kertas kerja bersama-sama ahli bestari 2009 ambilan 3
Pemuramah bersama web edu tv. Penuh bersemangat saya memberi penjelasan

2 comments: