Sunday, October 11, 2009

PERJALANAN DARI JITRA KE KOTA KUALA KEDAH

cikgu izuan menikmati laksa pak ya. dengan hidangan pencuci mulutnya rokok balut drum beserta kertas wayang. satu pengalaman yang baru untuk kami bertiga menjalani kursus pembestarian sekolah di ipda
ustat gani dengan pwelahan-lahan menyuapkan laksa pak ya

cikgu zhariff dengan penuh berselera telah menghabiskan laksa dan lai chee kang suam nya. laksanya boleh tahan saja dan tidak dapat menandingi laksa penang.
dalam perjalanan pulang ke jitra ustat gani terperasan (memang perasan pon) kedai laksa yang di cari iaitu gerai zakaria, teluk kecai-kuala kedah. makanan laksa dan 20 cucuk satey telah di taja oleh cikgu izuan. ustat gani menceritakan pelbagai jenis kisah lawak yang menggeletek hati kami bertiga, contoh nya "berikan saya susu kau punya' paham-pahamkan lah maksudnya itu hahahahahahahahahahahaha.
cikgu izuan memandang ke arah matahari jatuh manakala cikgu zhariff sentiasa memegang pistol di tangan.
gaya pegang pistol oleh cikgu zhariff dan gaya slumber cikgu izuan berlatarbelakangkan banggunan marina jabatan laut kuala kedah yang tersergam indah. berapa juta ribggit malaysia kah yang di gunakan untuk mebina banggunan ini? fikir-fikirkan lah.
suasan seakan berada di sekitar zaman renessailnce, cikgu zhariff dengan mood machonya seakan-akan artis yang baru nak naik. emmm macam lagu "cerita kedai kopi' oleh dj fuzz, salam dan malique.
gambar ini di ambil sendiri oleh cikgu izuan. di sebabkan tiada budget untuk membeli NIKON D60 maka telefon bimbit inilah yang menjadi mangsanya. walaupun hanya sekadar telefon bimbit tetapi gambar yang dihasilkan k800i superb.
dengan berbekal gambar dari telefon bimbit cikgu izuan yang banyak berjasa sony ericson k800i,maka gambar diatas telah dapat di simpan di dalam telefon dan di muat naikkan ke atas blog cikgu izuan. i love my k800i muaaaahhhhh. keadaan yang hening di mana matahari sudah berada jauh nun di sana untuk menggantikan malam purnama.
cikgu zhariff a.k.a gulau telah menikmati asap rokok yang membolehkan ibunya berkata "don`t brake my heart". ibunya ialah seorang guru di sekolah men keb sg pasir sungai petani berhampiran dengan rumah bakal tunang cikgu izuan. cikgu zhariff masih bujang dan sesiapa yang hendak berkenalan di alu-alukan.
perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari taman siswa uum jitra untuk sampai ke kuala kedah. niat asalnya hanyalah untuk menikmati sepinggan laksa kuala kedah tetapi tempat yang di tujui tidak kelihatan setelah bertanyakan beberapa penduduk sekitar. maka cikgu izuan mencadangkan kepada pemandu ita pada hari ini iaitu ustat gani untuk membelok ke sebelah kanan. ini keran cikgu izuan ternampak satu jambatan yang agak unik ni kuala kedah. maka sampailah kami bertiga di tempat yang agak menarik untuk di kongsi bersama. kalau lah cikgu izuan dapat membawa NIKON D60 kepunyaan ADAM FUTURE GRAPHIC tentu ada saja gambar yang menjadi. gambar di atas menunjukkan cikgu izuan membantu cigku zharif (gulau-sik) menyalakan api di rokoknya.
perjalanan bermula apabila kelas untuk kursus pembestarian sekolah tiada pada sebelah petang nya. maka cikgu izuan dan rakan-rakan bercadang untuk ke bukit kayu hitam. di sebabkan kekangan masa yang agak petang, maka kami melayari internet di kopitiam uncle john bersebelahan dengan pasaraya yawata di jitra. minuman ais lemon tea, ipoh white cofee dan ipoh white cofee hot yang di taja oleh ustat gani a.k.a golf november yankee selesai di minum. ustat gani memberi cadangan untuk pergi ke kuala kedah untuk menikmati laksa kuala kedah yang menjadi sebutan ramai.

No comments:

Post a Comment