Monday, October 5, 2009

KURSUS PEMBESTARIAN SEKOLAH 27.9.09 HINGGA 23.10.09 INSITUT PERGURUAN DARUL AMAN






Inilah En Azman selaku ketua unit sekolah bestari. En azman telah banyak membantu para peserta krusus pembestraian sekolah dari segi makan minum kami, tuntutan elauns, penempatan serta yang paling beharga ialah kemudahan internet. Selama tiga hari berkrusus kami tidak di bekalkan dengan capaian internet. Keadaan agak meruncing kerana kegunaan internet sudah menjadi keperluan untuk mecari maklumat sehinggakan kita juga boleh membeli gula melalui internet. Hebatkan? Ya la, mana tidaknya kerana internet juga kita tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang di bank untuk membuat urusan. Segalanya di hujung jari sahaja. Seramai 25 orang peserta krusus yang terdiri daripada sekolah luar kawasan alor setar telah di pilih untuk mengikuti program ini yang akan berakhir pada tahun hadapan.
Pada minggu pertama para peserta telah didedahkan dengan Konsep Pembestarian Sekolah dan Penghayatan Amalan P&P Bestari.

Modul A : Konsep Pembestarian Sekolah dan Penghayatan Amalan P&P Bestari

Pengenalan:

Peserta kursus akan diberi pendedahan tentang konsep dan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran bestari di sekolah iaitu ciri-ciri pelajar, pendekatan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran generik.
Dalam komponen ini, peserta kursus akan menghayati konsep pembestarian sekolah, mengenal pasti konsep pengajaran dan pembelajaran bestari, elemen-elemen bestari dan meningkatkan kepentingan proses pembestarian sekolah.Komponen ini akan dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan, pembentangan dan analisis situasi. Strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan peserta kursus mengaplikasikan dan menyebatikan kemahiran pemikiran aras tinggi (Higher Order Thinking Skill - HOT), kemahiran interpersonal dan kemahiran kolaboratif.

Objektif:

Setelah mengikuti modul ini, peserta boleh:
• Menyatakan konsep pembestarian sekolah
• Mengenal pasti elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran bestari


Aktiviti

Modul ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:
Pengenalan Konsep Pembestarian Sekolah dan Mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran bestari (5 jam)
Penelitian Elemen-elemen P&P Bestari (8 jam)
Penghayatan Amalan P&P Bestari (12 jam)
Perkongsian Pengalaman (2 jam)
Senario Abad Ke-21 ( 3 jam)

Aktiviti 1: Pengenalan Konsep Pembestarian Sekolah
Hasil Pembelajaran:
• Menyenaraikan amalan P&P terbaik (Best practice) di sekolah
• Mendefinisikan konsep pembestarian sekolah
• Mengenal pasti kelebihan pembestarian sekolah
• Mengisi borang TIBA (KWLH)


PENGENALAN

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia
berusaha untuk mengubah suai sistem pendidikannya. Wawasan ini bertujuan menuntut
kestabilan ke arah pertumbuhan produktiviti yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran
teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan bersedia untuk turut serta
sepenuhnya dalam ekonomi dunia abad kedua puluh satu. Di samping itu, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu
secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah
pengubahsuaian ini ialah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi
terkini bagi menetapkan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja
untuk menghadapi cabaran abad akan datang. Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedia ada di sekolah rendah dan menengah.

Sistem pendidikan perlu berubah daripada pembelajaran secara menghafal kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti, dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab ke atas keperluan pendidikannya, manakala ibu bapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani sesuatu perubahan.

Objektif panduan pembestarian sekolah adalah untuk:
• membantu sekolah memahami konsep dan amalan sekolah bestari;
• mengenal pasti amalan bestari yang boleh dilaksanakan oleh sekolah dengan sumber
sedia ada;
• menggalakkan sekolah mengambil inisiatif, meningkatkan diri dari segi amalan
Pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan infrastruktur yang ada; dan
• menggalakkan sekolah menggunakan teknologi, khasnya teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) sebagai pengupaya untuk mencapai tahap pembestarian yang makin
tinggi.

Setiap sekolah adalah komuniti yang unik dan tersendiri. Kementerian Pelajaran tidak
dapat menyediakan satu acuan yang boleh diguna pakai oleh semua sekolah untuk
melaksanakan pembestarian sekolah. Usaha, inisiatif dan inovasi pihak sekolah mengikut
acuan mereka sendiri adalah faktor yang membawa kejayaan pencapaian akademik dan
pembangunan sahsiah pelajar.


1 comment:

  1. untuk peserta kursus pembestarian sekolah ambilan 3/2009 sila letakkan email anda di sini untuk saya menghantar gambar semasa kursus tersebut

    ReplyDelete