Wednesday, September 30, 2009

Kemahiran Abad ke 21

Teknologi dalam Abad ke 21


Teknologi dalam abad ke 21 memainkan peranan yang penting dalam mentransformasi serta merubah masyarakat dan tempat bekerja.
•Pertumbuhan teknologi mencipta peluang untuk setiap orang agar lebih efisien di rumah mahupun di tempat kerja.
•Teknologi maklumat dan komunikasi telah menyelesaikan jurang komunikasi bagi sesebuah negara.

Tempat Kerja Abad ke 21


Suasana tempat kerja abad ke 21 dapat ditakrifkan:
•Teknologi komunikasi, pelanggan dan klien, menambah-nilai, pembelajaran sepanjang hayat, karier portfolio dan pembangunan sendiri.
oGenerasi hari ini perlu sentiasa membina kemahiran mereka untuk berjaya dalam pekerjaan.
oTeknologi digital telah memajukan tamadun manusia; ia juga telah meningkatkan piawaian mengenai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam abad ke 21.
oDunia digital sudah tiba.

Kemahiran Asas Abad ke 21


•Kemahiran Maklumat dan Berkomunikasi
oKemahiran Maklumat dan Celik Media
oKemahiran Berkomunikasi
•Kemahiran Berfikir dan Menyelesaian Masalah
oPemikiran Kritikal dan Sistem
oMengenalpasti, Formulasi dan Menyelesai Masalah
oKreativiti dan Keintelektualan
oKemahiran Sesama Sendiri dan Perwatakan Sendiri
oKemahiran Kolaboratif dan Sesama Sendiri
oPerwatakan
oPertanggungjawaban dan Daya Penyesuaian Diri
oTanggungjawab Sosial

Peranan Teknologi


Teknologi meluaskan peluang untuk pelajar.
•Pelajar boleh mengakses maklumat secara segera dan yang sahih
•Penggunaan teknologi selari dengan peranan teknologi dalam masyarakat dan menyediakan pelajar untuk suasana pekerjaan masa depan
•Internet membawa maklumat yang kaya ke dalam bilik darjah. Maklumat boleh diakses oleh mereka di kawasan pendalaman.
•Teknologi membolehkan pelajar mengakses media untuk perkongsian sesama sendiri di mana pelajar mengumpul, maklumat, bertanya soalan dan membina pengetahuan berasaskan dapatan aktiviti mereka
•Teknologi membolehkan kolaborasi di kalangan pelajar

MODUL PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT ) DALAM P&P MODUL 1 PENGENALAN

1.1 MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan
guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P
bukan belajar tentang ICT.

1.2 MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan
keperluan dalam pembelajaran:
· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran
· memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan
· meningkatkan motivasi murid
· membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
· membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
· membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul
· mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar
· membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk
dilaksanakan dengan cara biasa
· meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
· memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minima
· meningkatkan kemahiran ICT
Sejauh mana ICT boleh membina pelajar yang mempunyai kualiti seperti
pelajar yang aktif dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran
kritikal dan kreatif bergantung kepada peranan guru, pentadbiran dan ibu
bapa.

1.3 SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkaraperkara
berikut perlu diberi perhatian :
· Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan
secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak
ada kaitan dengan kurikulum
· Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak
kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P
· Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan
serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

1.4 PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Cakera padat
CD Rom
Internet Aplikasi
Perisian Kursus
Pendidikan (Tutorial)
– Courseware
Pencarian maklumat –
search Engine 1
browsing + pangkalan
data + membangun
laman web – home page
design
Pemprosesan Data
- Microsoft Word
- Microsoft Publisher
- Page Maker
Pangkalan Data –
Database
Komunikasi
- Forum
- email - chat
Hamparan elektronik
- Microsoft Excel
Ensaiklopedia /
Maklumat / Sumber
Multimedia
Muat turun – Download Persembahan
- Microsoft Power point

1.5 PENILAIAN KENDIRI

a) Keperluan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran semakin digalakkan. Sila terangkan kebaikan
penggunaan ICT dalam P&P.
b) Berikan 3 syarat yang perlu dipenuhi jika anda ingin
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

2.0 TEORI PEMBELAJARAN DAN KONSEP DALAM P&P

2. 1 Pengenalan

Teori pembelajaran merupakan suatu ilmu pengetahuan yang perlu
diketahui oleh seseorang pendidik. Seseorang guru bukan perlu tahu
mengajar sahaja, tetapi yang penting dan yang lebih utama dia
sewajarnya mengetahui bagaimana :
· seseorang murid belajar
· dapat menyediakan ruang persekitaran pembelajaran
· program pembelajaran dalam konteks dan aktiviti-aktiviti yang
menyebabkan murid-murid dapat bertindak dengan aktif secara
fizikal dan juga minda
· murid-murid dapat membina ilmu pengetahuan yang dipelajari
Dalam erti kata lain teori pembelajaran merupakan satu paduan bagi guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan
terhadap teori pembelajaran membolehkan para guru melihat fenomena
proses pembelajaran dengan lebih jelas serta mengetahui bagaimana
sesuatu fenomena itu berlaku akhirnya tahu pula bagaimana untuk
mengatasi sesuatu masalah bagi sesuatu fenomena itu. Teori
merupakan satu ilmu pengetahuan yang dapat menjelaskan
atau menerangkan bagaimana perilaku sesuatu fenomena dalam sesuatu
persekitaran .

2.2 Penilaian Kendiri

a) Senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang
guru supaya ia dapat mengintegrasikan ICT dalam proses P&P.
b) Apakah ciri-ciri yang perlu ada semasa integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
c). Beri cadangan bagaimana ICT dapat diintegrasikan dalam program
pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P
merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan
satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep
P&P berasaskan mod
a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan
d) Komunikasi

3.0 MOD TUTORIAL

Mod Tutorial lazimnya digunakan untuk memindahkan maklumat dari
sesuatu sumber kepada pelajar. Maklumat disampaikan secara
multimedia diikuti oleh tugasan dalam pelbagai bentuk. Mod ini sangat
sesuai digunakan untuk membina dan memperkukuhkan kemahirankemahiran
asas.
Bagi mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui konsep mod ini maka
guru boleh memberi aktiviti pengukuhan seperti latihan menjawab
soalan, kuiz, tugasan yang berkaitan dengan tajuk dan kerja projek.
Kandungan pelajaran disampai berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
· Pembelajaran ekspositori (merujuk kepada suasana
pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada
murid yang pasif)
· Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan
dan dikawal urutan babaknya oleh sistem ,
· Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh
sistem.

3.1 Bagaimana ICT digunakan untuk pembelajaran Tutorial

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah
komputer dan perisian sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM,
cakera keras ataupun laman web. Perisian pendidikan yang
digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direka
bentuk bercirikan kecerdasan. Dengan perkembangan ICT, perisian
kursus yang terdapat pada hari ini hampir kesemuanya bercirikan
multimedia.

Secara umumnya, setiap perisian pendidikan mengandungi
satu atau lebih daripada komponen berikut:
· Mempersembahkan maklumat
· Membimbing
· Menyediakan / memberi latihan
· Menilai pencapaian

Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran
tutorial sebahagian besar direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai
penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.
Bagaimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan
ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:
· mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga
· menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
· menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
· mengakibatkan lebih banyak masa perlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu

3.2 Situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan ini.

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam
· Kelas yang mengandungi murid yang ramai
dengan kemampuan pembelajaran yang berbeza
· Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti
· Jika ada sebahagian murid yang sukar mengikuti pengajaran
guru, maka guru boleh menggunakan perisian pendidikan
yang khusus untuk pemulihan.
· Bagi murid-murid yang cerdik pula aktiviti pengayaan boleh
diberi dengan membekalkan perisian pendidikan yang lebih
mencabar minda mereka.

3.3 Penilaian Kendiri

a) Sila huraikan apa yang anda faham mengenai pembelajaran
bersifat tutorial.
b) Huraikan beberapa kelebihan menggunakan ICT untuk
pembelajaran bersifat tutorial.

4.0 MOD PENEROKAAN

Mod penerokaan melibatkan pengabungan isi pelajaran dan suatu
strategi panyampaian yang membolehkan pelajar meneroka suatu perkara
atau konsep dan membina pengetahuan kendiri. Tujuan utama
penggunaan mod ini ialah bagi memfokus penglibatan pelajar dalam
sesuatu konsep atau perkara dengan kefahaman mereka sendiri.
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan Konstruktivisme iaitu
teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis,
penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik,
pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

4.1 Bagaimana ICT diguna untuk pembelajaran penerokaan ?

Guru-guru boleh membimbing murid-murid mencari bahan-bahan rujukan
melalui capaian ke laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk diberi.
Malahan guru boleh memandu murid-murid dengan memberikan alamatalamat
Iaman tersebut seperti talian Encarta Ensaiklopedia.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian ke laman-laman tersebut ,
guru boleh membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam
cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web
seperti HTTrack.

Selain daripada mengakses maklumat terus daripada internet, guru juga
boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti
Ensaiklopedia, pangkalan data dan lain-lain maklumat yang boleh
diperolehi di pasaran. Walau bagaimanapun guru-guru perlu mengawal
masa penerokaan kerana mungkin memakan masa yang terlalu lama.

4.2 Situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan ini

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
· pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan
· pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
· Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan
· Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

4.3 Kelebihan menggunakan ICT untuk pembelajaran penerokaan

· Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dankemajuan pembelajaran masing-masing .
· Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
· Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah
sebenar di dalam kelas.

4.4 Penilaian Kendiri

a) Mengapakah guru perlu menetapkan masa untuk murid
mengakses maklumat dalam pembeiajaran penerokaan.
b) Selain dari mengakses maklumat terus dari internet untuk, berikan
satu lagi cara di mana murid boleh mengakses maklumat yang
mereka perlukan.

5.0 MOD APLIKASI

Mod Aplikasi adalah kaedah yang merangkumi penggunaan perisian
aplikasi seperti memproses kata, hamparan elektronik, persembahan
elektronik dari pangkalan data sebagai alat bantu pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai sesuatu tujuan dalam mana-mana mata
pelajaran.

ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma
penyaluran maklumat P&P semata. Contohnya penggunaan perisian
aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam
menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik
untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik,
Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori
alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan
aktiviti pembelajaran.

5.1 Bagaimana ICT diguna sebagai Alat Aplikasi

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks
di atas telah dipenuhi bila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja.
Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, menyunting dan
mengolah karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan
mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah
digunakan secara bermanfaat.

5.2 Kelebihan menggunakan ICT sebagai alat Aplikasi

· Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik .
· Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda
pelajar.
· Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil
pembelajaran.

6.0 MOD KOMUNIKASI

Komunikasi yang berkesan boleh membantu proses pengajaran dan di
bilik darjah. Mod ini menekankan penggunaan teknologi yang berkaitan
komunikasi dalam membantu pengajaran dan pembelajaran. Teknologi
komunikasi boleh digunakan dalam mana-mana mod yang lain seperti
tutorial, aplikasi dan penerokaan.
ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan
murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Mod komunikasi melibatkan
beberapa kemudahan seperti e-mail, telesidang (sidang video), enjin
penggelintar melalui internet dan pembinaan laman web.


6.1 Bagaimana ICT diguna sebagai alat Komunikasi?

Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu :
· Teknik seorang - sendirian
· Teknik seorang kepada seorang
· Teknik seorang kepada ramai
· Teknik ramai kepada ramai

Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang
daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah
pembelajaran kolaboratif. Kebolehan komunikasi global melalui ICT
membolehkan murid bertukar maklumat berhubung budaya dan
geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa
dan membuat perbandingan dengan pengaiaman mereka.
Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya
membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih
menarik dan bermakna.
Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka
memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terlalu banyak atau bercakap
sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran.
Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai
kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahiran
yang berupaya meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka
dan seterusnya membantu pembelajaran.

6.2 Kelebihan menggunakan ICT sebagai alat Komunikasi

· Boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif.
· Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran
melalui "peer group" yang bersifat global.
· Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam
proses pembelajaran.

6.3 Penilaian Kendiri

a) Bolehkah anda terangkan beberapa teknik berkomunikasi
menggunakan ICT dalam P&P yang dicadangkan?
b) Huraikan bagaimana internet dapat membantu P&P guru
dalam melaksana pembelajaran berasaskan komunikasi

Tuesday, September 29, 2009

perjalanan akad nikah apit


Perjalanan bermula pada raya yang ke-5 iaitu hari khamis pukul 9 pagi dok menggu Apit Junjong dengan rusanya untuk mengambil aku di Kg Air Putih. Cuaca pada hari ini sungguh cerah. Tetapi cuaca agak panas dan menyebabkan kami berpeluh di dalam kereta Toyota Wish En AA.



AA awat yang hang mai lambat sangat ni. aku dah tak larat nak tunggu hang pa la. Ala rilex la Apit bukan senaja tapi. Ni Mambra punya pasai la mandi apa la punya lama, Apit jangan la marah na, nanti aku belanja ais krim mau.


Wei cepat la kan aku dah kata jagan lambat. Hangpa ni suma teruk la, aku nak kawen pon hang pa leh lambat. Cepat la sikit dah lama tunggu hang pa ni. Tam ngan Affan dah ada kat Sungai Petani dah. Cuma nak tunggu hang pa ni. Lambat macam siput. En AA berkata di dalam hati hahahahahahah padan muka hang pa tadi aku dah kena marah ni hang pa lak kena marah. Poyo la mamat ni.


Wei macam mana nak selesaikan masalah negara yang kian meruncing ni. Aku dah tak tahan dengan keadaan ekonomi negara kita aku dah pening la dok pikiaqkan benda ni. Sampai aku nak kawen ni pon terganggu tau.



Helo assalamualikum Dato`. Lama tak dengaq cerita Dato` ni, sihat ka? Emmm…… aku biasa la dengan perniagaan aku yang semakin maju ke depan la. Alhamdulilaah tahun ni dapat juga aku merakan duit raya berbanding tahun lepas yang sekadar cukup makan sahaja. Kalau senang-senang Dato` turun la Perda buleh kita jumpa sembang-sembang lama-lama kan(apit junjong bercakap). Ish sapa pulak yang call apit ni? Siap panggil Dato` lagi tuh, mesti projek lepa ni berjuta-juta kan(Mambra).



Wajah Apit yang kelihatan sugul kerana sedang berfikirkan bagaimana caranya hendak menghadapi situasi yang akan di sebentar lagi. Untuk mententeramkan hati Apit,Mmambra menceritakan mengenai band-band punk dan mereka pun hu ha hu ha lah berdua. Sempat juga apit menceritakan bagai mana dia membuat lagu dan cara permainan guitarnya. Sampai saja di bulatan tengah Seberang Jaya Apit menerima satu panggilan dari luar Negara. Dengan longrat English ala Britain, api bersembang dengan sepupunya mat saleh dari Australia. Rasa macam nak tegeliat saja lidah kami mendengar apit bersembang dengan sepupunya itu.



Mambra sedang memerhatikan Apit memakai kasut. Ish apa la Apit ni kasut pun buleh lupa nak pakai. Kalau aku kawin esok aku lupa nak pakai apa heheheheheheheheehhehehhe. Satu lagi yang dapat di perhatikan, Mambra sedang membuka aircon nya. Maklum la Toyota wish En AA tiada aircon di belakang.



Apit cepat la dah lewat ni. Tok kadi dah tunggu hang ni kata Mambra. Apit dengan gaya pelari 100 meter lagi berganti-ganti berlari selepas memakai kasut adidas limitednya. Aku dah tak sabaq nak kawin ni. Ayu dok tunggu aku dah cepat cepat masa itu emas. Inilah acara yang mengeletek hati kami kerana tertinggal kasut. Ada satu lagi kejadian dimana selepas akad selesai Apit kelihatan agak kalut mencari i/c yang berapa entah di mana. Setelah lama lama mencari barulah Apit perasan yang i/c nya di letakkan di dalam kocet baju Melayunya itu. Apit dan Ayu menaiki kereta BMW 318i E46 yang berwarna biru. Timbul juga rasa cemburu di hati Cikgu Izuan kerana kereta idaman Cikgu Izuan tu.



Inilah slipper yang di gunakan apit untuk ke majlis akad nikahnya. Tetapi bukannya kasut buleh dipakai di dalam masjid kan?.



Ini lah kasut adidas superstar limited edition yang menyebabkab kereta Toyota wish En AA yang di pandu Apit Junjong terpaksa berpatah balik. Ini menyebabkan kami terlewat daripada perancangan awal yang sepatutnya berada di Masjid Muzzafar Syah pada pukul 11 pagi.



Makanan pagi telah di taja oleh jurutera shell kita iaitu En AA. Terima kasih dengan tajaan bun sambal bilis yang di perkaya dengan vitamin A. Dengan berbekalkan roti inilah perut kami berlima kekenyangan dan minuman hanya sekadar air mineral water sahaja.



Dengan wajah yang berkerut-kerut apit berkata di dalam hati. Apa yang tok kadi dok kata ni, aku tak paham satu apa pon, mana tidaknya hati sedang berkeroncong dengan lagu punk. Muka pak cik yang berserban itu langsung tidak menunjukkan rasa puas hati kepada apit. Rasanya pak cik itu berkata di didalam hati, “buleh ka mamat ni, semacam ja aku tengok”. Dengan kelewatan Apit yang sampai di masjid pukul 11.30 pagi, sedagkan majlis akadnya berlangsung pada jam 11 pagi. Tok kadi terpaksa meneruskan upacara akad tanpa kehadiran bapak apit kerana lambat dan ada urusan akad pada pasangan yang lain pulak. Nasib baiklah masa betul-betul nak akad, bapak Apit tiba dengan penuh senyuman. Sebagai seorang Islam kita di galakkan untuk membina rumah tangga dan mengelakkan daripada berlakunya zina. Allah amat membenci penceraiaan walaupun penceraiaan itu di bolehkan. Begitulah perkataan yang dapat Cikgu Izuan tangkap semasa di dalam masjid itu.



Apit bersalaman dengan tok kadi dengan muka yang pucat sekali. Tetapi dengan sekali akad yang di bantu oleh kad yang tertulis aku terima nikahnya dengan harga tersebut, maka selesailah upacara akad nikah. Sungguh bertuah apit kerana tok kadi tidak memberikan soalan langsung, rasanya giliran aku bagaimana pulak?. Ish glemer nya Apit kerana di kelilingi oleh para wartawan yang asik dok snap gambarnya. Hahahahaha kan Apit watak utama di dalam majlis ini. Kakak yang tudung merah berkata ish abg baju hijau ni sampai tak cukup tangan nak tangkap gambarnya. Tepi la sikit aku pon nak tangkap gambar juga nih.




Tam sedang berkaca mata ray ben limited tuh!!!!!! Sedang bercakap dengan rakannya. Si affan dan Mambra memanjat pokok rambutan dan berceritakan bagaimana caranya hendak memberhentikan alarm kereta yang asik berbunyi di sebabkan letupan mercun bola yang kuat. Tam senyum macam dia pulak hang nak kawinnya samapai ke telinga.




Beginilah caranya Apit Junjong menyelesaikan hidangan yang telah di sediakan. Menu makanan di rumah Ayu ialah nasi putih, ikan kembong goreng, masak sambal udang, ulam-ulaman dan air sirap. Dengan keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan Apit Junjong berpeluh-peluh. Sedang asik menjamu selera rombongan di kejutkan dengan letupan mercun yang kedengaran di belakang rumah Ayu. Affan pun berkata hang pa tunggu sat no……. sat lagi aku boh mercun bola baru ada akai.



Abg Tam (blind tribe) dengan penuh gayanya menceritakan kepada kedua-dua Apit bagaimana caranya untuk membuat balingan mercun bola. Apit Junjong berkata di dalam hati, “ish,,,, sah-sah mamat ni kencing aku,,,,,,”. Apit Junjong merupakan orang yang tak rugi kalau di bawa untuk majlis-majlis yang ada makanan. Kerana dia kuat makan dan tidak malu untuk makan. Pukul 2.30 petang rombongan pulang ke kulim kerana AA ada urusan yang perlu di selesaikan.