Sunday, December 6, 2009

MURAL TERBAIK DARIPADA "ABG"


MURAL LED ZEPPLIN 


TERBAIK


MURAL


PINTU KEDAI


BATTING APE


DAH SIAP


ABG MEREHATKAN DIRI



ZALEE STUDIO JAMING


RAMONES



KEY BORD


STUDIO PAK (RAZLAN) KULIM WOLRD STUDIO OASIS


DISTRUST BUNDLE KULIM


TERBAIK BLEACH ANIME


WORKING TIME


KEDAI CINA


NICE


CHOCOLATE INTERNET CAFE


MAMBRA & ABG


PELAKA MURAL



KEDAI MAKAN ALAI KELADI


kedai cd taman selasih. hasil tangan ABG

Thursday, November 19, 2009

IPG Kampus Darulaman JUARA Pakej Pembelajaran Bestari


IPG Kampus Darulaman telah menjuarai tempat pertama pertandingan Pakej Pembelajaran Bestari yang dibentangkan di Seminar Pemantapan Pembestarian Sekolah Zon Utara 2009 bertempat di IPG Kampus Pulau Pinang pada 17 Nov 2009. Di dalam seminar tersebut, 6 buah IPG Zon Utara telah bertanding dengan membentangkan Pakej Pembelajaran Bestari yang terbaik mengikut matapelajaran masing-masing. IPG Kampus Darulaman telah membentangkan Pakej Pembelajaran Kemahiran Hidup Bertajuk "Tumbuhan Hiasan - Berikanku Nafas Baru".

Kita telah diwakili oleh peserta Latihan Guru Bestari Ambilan 3/2009 iaitu Cikgu Muhamat Izuan Ishak (SMK Sg Kob), Cikgu Muhd Zharif Fikri Khozari (SMK Gulau), Cikgu Zuraihan Yusof (SMK Keladi), Cikgu Yasmin Yohyi (SMK Bakai) dan Cikgu Nor Asiah Othman (SMK Dato Lela Pahlawan). Pensyarah yang terlibat adalah En Azman Fadzil, Pn Zakiah Mahmud, Dr Ahmad Sobri Shuib, Pn Azizah Aziz dan semua fasilitator Latihan Guru Bestari IPG Kampus Darulaman.[ ....Lagi ]Selepas perbentangan kertas kerja bersama-sama ahli bestari 2009 ambilan 3
Pemuramah bersama web edu tv. Penuh bersemangat saya memberi penjelasan

Monday, October 19, 2009

TANAMAN HIASAN KHB TINGKATAN 2

Tanaman Hiasan
Bidang Pembelajaran: Pemasuan Semula
Tanaman hiasan memerlukan medium memasu yang kaya dengan nutrien untuk tumbuh dengan subur dan cantik.Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrien di dalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya,ruang di dalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh.Keadaan ini memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan.Hal yang demikian,bagi menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat.

a) Tujuan pemasuan semula
b) Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula
c) Memilih bekas yang sesuai untuk pemasuan semula
d) Menyediakan medium memasu
e) Memasu semula tanaman hiasan
f) Penjagaan

Pemarkahan tugasan
Markah keempat-empat tugasan akan di tentukan oleh pelajar sendiri melalui borang yang telah disediakan oleh guru di dalam laman PENILAIAN di dalam webquest. Pelajar diminta untuk meninggalkan komen anda disini supaya lebih senang untuk guru memantau.
TUGASAN ANDA
Anda dan kumpulan anda merupakan pengusaha nurseri.Setiap kumpulan akan diberikan tugas membina brosur, buku skrap, terrarium, atau demonstrasi pemasuan semula tanaman hiasan untuk persediaan ke pameran MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism).


CONTOH LAMAN WEB

http://www.youtube.com/watch?v=HtoeTAMJwvE
http://www.youtube.com/watch?v=m7NVidfPaoE
http://www.youtube.com/watch?v=2aRzOeVWSA0


http://www.ehow.com/how_4903115_flower-pots-tires.html

www.outdoordecorweekly.com/

http://www.youtube.com/watch?v=67r-RFN0nho

http://www.youtube.com/watch?v=G1XBSoovQtY

http://www.youtube.com/watch?v=85MV6EMGQTY


http://www.stormthecastle.com/terrarium/soda-bottle-terrarium.htm
http://www.stormthecastle.com/terrarium/bottle-terrarium.htm
http://www.stormthecastle.com/terrarium/make-a-desert-terrarium.htm






Komen Pelajar
Saya Azam Firdaus dari kelas 2 bestari ingin memberi pandangan tentang produk kumpulan saya. Semasa menghasilkan produk yang diberikan oleh guru, saya dan ahli kumpulan dapat bekerjasama antara satu sama lain dan saling tolong-menolong. Selain itu saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya apabila saya melibatkan diri dalam pembinaan setiap projek yang diberikan oleh guru. Saya amat tertarik dengan penyediaan terrarium kerana menguji daya kreativiti saya.

Sunday, October 11, 2009

PERJALANAN DARI JITRA KE KOTA KUALA KEDAH

cikgu izuan menikmati laksa pak ya. dengan hidangan pencuci mulutnya rokok balut drum beserta kertas wayang. satu pengalaman yang baru untuk kami bertiga menjalani kursus pembestarian sekolah di ipda
ustat gani dengan pwelahan-lahan menyuapkan laksa pak ya

cikgu zhariff dengan penuh berselera telah menghabiskan laksa dan lai chee kang suam nya. laksanya boleh tahan saja dan tidak dapat menandingi laksa penang.
dalam perjalanan pulang ke jitra ustat gani terperasan (memang perasan pon) kedai laksa yang di cari iaitu gerai zakaria, teluk kecai-kuala kedah. makanan laksa dan 20 cucuk satey telah di taja oleh cikgu izuan. ustat gani menceritakan pelbagai jenis kisah lawak yang menggeletek hati kami bertiga, contoh nya "berikan saya susu kau punya' paham-pahamkan lah maksudnya itu hahahahahahahahahahahaha.
cikgu izuan memandang ke arah matahari jatuh manakala cikgu zhariff sentiasa memegang pistol di tangan.
gaya pegang pistol oleh cikgu zhariff dan gaya slumber cikgu izuan berlatarbelakangkan banggunan marina jabatan laut kuala kedah yang tersergam indah. berapa juta ribggit malaysia kah yang di gunakan untuk mebina banggunan ini? fikir-fikirkan lah.
suasan seakan berada di sekitar zaman renessailnce, cikgu zhariff dengan mood machonya seakan-akan artis yang baru nak naik. emmm macam lagu "cerita kedai kopi' oleh dj fuzz, salam dan malique.
gambar ini di ambil sendiri oleh cikgu izuan. di sebabkan tiada budget untuk membeli NIKON D60 maka telefon bimbit inilah yang menjadi mangsanya. walaupun hanya sekadar telefon bimbit tetapi gambar yang dihasilkan k800i superb.
dengan berbekal gambar dari telefon bimbit cikgu izuan yang banyak berjasa sony ericson k800i,maka gambar diatas telah dapat di simpan di dalam telefon dan di muat naikkan ke atas blog cikgu izuan. i love my k800i muaaaahhhhh. keadaan yang hening di mana matahari sudah berada jauh nun di sana untuk menggantikan malam purnama.
cikgu zhariff a.k.a gulau telah menikmati asap rokok yang membolehkan ibunya berkata "don`t brake my heart". ibunya ialah seorang guru di sekolah men keb sg pasir sungai petani berhampiran dengan rumah bakal tunang cikgu izuan. cikgu zhariff masih bujang dan sesiapa yang hendak berkenalan di alu-alukan.
perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari taman siswa uum jitra untuk sampai ke kuala kedah. niat asalnya hanyalah untuk menikmati sepinggan laksa kuala kedah tetapi tempat yang di tujui tidak kelihatan setelah bertanyakan beberapa penduduk sekitar. maka cikgu izuan mencadangkan kepada pemandu ita pada hari ini iaitu ustat gani untuk membelok ke sebelah kanan. ini keran cikgu izuan ternampak satu jambatan yang agak unik ni kuala kedah. maka sampailah kami bertiga di tempat yang agak menarik untuk di kongsi bersama. kalau lah cikgu izuan dapat membawa NIKON D60 kepunyaan ADAM FUTURE GRAPHIC tentu ada saja gambar yang menjadi. gambar di atas menunjukkan cikgu izuan membantu cigku zharif (gulau-sik) menyalakan api di rokoknya.
perjalanan bermula apabila kelas untuk kursus pembestarian sekolah tiada pada sebelah petang nya. maka cikgu izuan dan rakan-rakan bercadang untuk ke bukit kayu hitam. di sebabkan kekangan masa yang agak petang, maka kami melayari internet di kopitiam uncle john bersebelahan dengan pasaraya yawata di jitra. minuman ais lemon tea, ipoh white cofee dan ipoh white cofee hot yang di taja oleh ustat gani a.k.a golf november yankee selesai di minum. ustat gani memberi cadangan untuk pergi ke kuala kedah untuk menikmati laksa kuala kedah yang menjadi sebutan ramai.

cara penggunaan rubrik dalam www.rubistar.com

Rubrik Penilaian Rubistar

1. Layari URL http://rubistar.4teachers.org untuk membina rubrik penilaian.
2. Dalam paparan berikut, pilih tajuk Work Skills.

3. Klik Collaborative Work Skills.


4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti berikut.

5. Rubrik yang akan dibina terdiri dari kategori dan kriteria

6. Pada lajur Category, klik Quality of Work sebagai contoh.


7. Kriteria untuk Quality of Work akan dipaparkan secara automatik.

8. Pilih Timemanagement, Preparedness dan Contributions untuk kategori seterusnya.

9. Setelah melengkapkan tiga kategori yang dicadangkan di atas, klik Submit untuk prebiu.

10.Rubrik yang dihasilkan akan kelihatan seperti berikut.

11. Anda boleh ubahsuai, cetak atau simpan rubrik penilaian yang dihasilkan.